Poskad Razzi Rahman

POSKAD GAMBAR – Ingat lagi ke penggunaan poskad ni zaman dolu-dolu you all? 😃 Siapa pernah guna, KONGSIKAN STORY ANDA! 🙂

Terjumpa pula poskad saya ni dalam kotak simpanan lama-lama, tu yang teruja nak share story sikit kat sini 🙂 – Pertama kali syarikat recording Denoris membuat keputusan untuk buat Poskad Gambar, menggunakan gambar saya sendiri dari Album pertama, Cerpen, perghhhh… terasa BANGGA 🙂

Poskad gambar Razzi Rahman keluaran syarikat rakaman Denoris Record khas buat peminat-peminat beliau.

Ya lah kan, mana nak ada buat sendiri kalau zaman dolu-dolu ni power tuuhhh… zaman sekarang nothing laa 😃 . Masa ni, setiap surat-surat dari peminat dan fan seluruh Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, Razzi akan balas dengan menggunakan Poskad inilah. Haaaa…. peminat memang suka sangatlah.

Punya bangga juga, siap pos kan poskad tu kat Mak Razzi lagi kat kampung, haaa, menangis mak membaca tulisan saya, kakak saya cakap lah hehe…

Mak turut berbangga dengan anak bongsu dia ni yang susah sangat nak balik kampung semenjak menjadi penyanyi. Telefon pun jarang-jarang sekali. Ish-ish tak baik betul la kan. Biasalah anak muda…

Yang kelakor, Mak siap tunjuk kat semua sedara or jiran yang datang rumah hahaha… malu la pulak. Sebab ada lah Razzi tulis rindu mak, sayang mak, doakan Ji, maafkan Ji tak dapat balik ( Ji Panggilan Manja 😃 )

Sangat bererti sebenarnya POSKAD di ketika itu. Infact, apabila menerima surat dari kawan atau girlfriend perghhh seronok baca. Bukan macam zaman sekarang, baca whatsapp, baca email… TAK ADA JIWA dahhh… hilang SOUL dia, tak menusuk di jiwa sangat.

Membaca surat cinta?, perghhhh…. lagi sebak di dada wo. Kena pulak yang mendayu-dayu…lagi banyak helai surat tu lagi bermakna. Seronok… malah, kalau baca surat kecewa cinta pun seronok juga… seronok dalam tangisan haha… berair-air mata menangis-nangis sedih.

Tapi budak-budak sekarang dah tak merasa dah all this. Semua sibuk dengan gajet dan teknologi canggih dah kan… tiada lagi,

“Berdebar-debar jantungku, membaca beritamu dari jauh, sentuhan jiwa di kalbu nan pedih merindukan mu… di saat kau tiada di sisiku di hari lahir mu….” aduuuhhhhh 🙂🙂

Budak-budak sekarang, “HB Bie… xbalik ek?” 😃😃

Haha… nak buat macamana kan, dunia hari ini, begitulah keadaannya. Kita juga terpaksalah mengikut peredaran zaman. Whatsapp pun, whatsapp lah… tapi Razzi cuba menghantar mesej tu yang tidaklah terlalu shortform sangat… kalau boleh yang nice and neat lah. Bukan wechat style lah hehehe…

MISS masa lalu… Di saat mengecapi segala-gala kebahagiaan, moga dapat kembali ke saat yang sama sebegitu…. Aaminn.

Ikhlas dari,

Razzi Rahman

www.razzirahmanmusic.com

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *