Suara Macam Katak!

Razzi Rahman yang sering jarang dilihat tersenyum… sesungguhnya, hidup itu dipenuhi dengan kesedihan.

Pernah suatu ketika dahulu, Razzi ingin sangat menjadi penyanyi. Bermacamlah cara Razzi cuba audition sana sini. Contest semua try. Tapi gagal, gagal dan gagal lagi.

Bila pulang ke rumah… seseorang telah bertanya “Mengapa sedih je muka ni?”

Razzi jawab, “Kalah lagi dalam pertandingan menyanyi… tak ada nombor pun :(“

Ingatkan dapatlah belas kasihan ke, atau kata-kata semangat ke… tapi apa yang saya dapat, “Dah suara macam katak kembung, camana nak menang!”

Kata-kata yang amat pedih itu, sehingga sekarang masih saya ingat dan tidak akan lupa! Malah saya ingat lagi selepas itu saya terus putus asa, dan SETAHUN saya berhenti menyanyi. Berhenti mencuba mana-mana audition atau pertandingan.

Sehinggalah seorang kawan telah menghantar secara senyap-senyap penyertaan saya dalam pertandingan menyanyi BAKAT MAS.

Tiba masa nak audition, saya tengah lepak, tidur, dikejutkan kawan punya tergesa-gesa suruh saya bangun dan bergegas ke audition. Saya dengan mamai tak tahu apa… belasah je lah menyanyi lagu Wings Sejati.

  • Terus mendapat sorakan ramai… terkejut saya! Dan seterusnya pusingan demi pusingan akhirnya membawa saya ke FINAL. Saya KALAH. Tetapi sayalah peserta favourite malam tu yang mendapat sorakan paling gemuruh.

Dan orang yang pernah menggelarkan suara saya suara KATAK KEMBUNG, ada duduk di depan sekali di auditorium bandaraya memberi tepukan paling gemuruh… dialah arwah kakak saya, Zuraidah Rahman.

Gi miss Kak Zu 🙁

ikhlas by Razzi Rahman

www.razzirahmanmusic.com

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *