2022, bagi Razzi …berazam untuk memenuhinya dengan lagu-lagu yang bakal dirakam, SINGLE TERBARU dan juga COVER-COVER TERBARU. So InsyaAllah, setiap bulan akan ada sekurang-kurangnya 1 lagu dari Razzi. Samada Cover Or New Single. BUT… yang pasti, FOKUS saya adalah kepada muzik Slow Rock lah! Klasik tak? ? moga anda semua kan terhibur.

Coming Soon :

Buat permulaan, lagu yang bakal dirakamkan adalah lagu Full Cover. Lagu dari siapa? Nanti kita sama-sama tunggu. Sebab Razzi bukan buat mudah-mudah macam biasa. Rekod terus upload. Sebaliknya, lagu-lagu cover pun Razzi akan buat Studio Kualiti. Ini bermakna, saya akan rekod di Recording Studio yang High Ends. So sound pun berkualiti.

Ini adalah cara Razzi untuk lebih menghormati, lagu-lagu lama ini bukan sekadar untuk dinyanyikan semula sebaliknya, kalau boleh turut menjemput semua orang untuk menyukainya, menghargainya dan menjadikan ia satu lagu yang boleh terpahat di jiwa sampai bila-bila. Sambil-sambil mengajak orang ramai untuk kembali meminati lagu-lagu Slow Rock 90an, atau Rock Jiwang ini.

KASIH DIA – New Single 2022

Buat pertama kalinya, Razzi mencipta lagu slow rock ala 90an. Ya, betul, Razzi cipta lagu ini, dan liriknya juga Razzi yang tulis. Kalau dapat menyamai macam Saari Amri punya lagu, tu dah kira WIN giler-giler hahaha… if not, anda suka pun sudah cukup. Dalam penciptaan lagu Kasih Dia ini, memang Razzi buat reference lagu-lagu dari Saari Amri lah. Agak-agak menjadi ke tak? Sedap ke tak? Boleh melekat di jiwa ke tak? Nanti kita perdengarkan.

Tahun lepas 2021, Razzi sempat menyanyikan, 3 buah single. “Perangkap Fitnah”, “Bila” dan “Utusan Cinta”. Kesemuanya dari pencipta-pencipta baru dan muda. Razzi sendiri cukup puas hati dengan outcome nya.

Tetapi, sungguh tak sangka bila cipta lagu sendiri ni, lain macam dia punya puas tu. Malah dari nyanyian guide, draft yang dibuat oleh penyanyi backup vokal pun Razzi terasa amat TERUJA sekali. Fuhhh… belum Razzi sendiri yang masuk studio tuuuu… mestilah NEBES giler nihhh hahahaha…. apa-apapun, SOKONGAN ANDA, amat Razzi perlukan. Please support ok guys. Thank youuuuuu

So, basically plan untuk tahun 2022, Razzi akan ada 3 Single dan 10 Cover songs. InsyaAllah. Jika ada rezeki, maybe MORE. Biasalahkan bila bergerak sendiri tanpa Syarikat Rakaman ni, kita memang free nak rekod apa. Tapi sudah tentulah publishing tu agak limited.

“Because, I’m not doing this for money, sebaliknya for HOBBY. But my hobby cost me spending, BIG MONEY! Haha ??

P/s kalau ada Recording Company mana-mana yang nak kerjasama, let’s chat.

ikhlas dari :

Razzi Rahman

https://razzirahmanmusic.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *