Cover Album lagu PERANGKAP FITNAH

Bukan iklan anti dadah ni ya, bukan juga artikel tentang dadah. Sebaliknya, ianya adalah tentang salah satu SINGLE yang Razzi nyanyikan bertajuk PERANGKAP FITNAH 🙂

Boleh dengar lagunya di youtube channel Razzi atau di laman video-video muzik saya.

Kerana dia, Kau dibenci
Kerana dia, Kau hilang diri
Keluarga dihina dicaci
Mereka menjauhkan diri

Penyakit dianggap jenayah
Sakit dianggap runtuhnya akhlak
Kerana pengaruhnya
Mengubah watak
Kau dipandang, Dengan kebencian

Ayah ibu
Tak terhingga malu
Kau dipandang
Dengan kejahatan
Undang-undang, Telah menentukan
Penjara dan sebatan sebagai gantian
Jika tiada tunai
Ditunaikan

Wahai insan
Yang miliki fikiran
Mana mungkin si bijak
Memilih jalan syaitan
Pasti ada
Pengaruh dan tekanan
Mereka tewas
Dengan ujian Uh-hu-wo-oh
Hm-hm-hm

Hukuman tak pernah beri, Kebajikan
Hanya menambah kebinasaan
Nasihatilah hanya pada, Yang waras
Usah perbodohkan diri
Kerana kurang mengerti

Uh-hu, uh-hu
Kerana kurang mengerti

www.razzirahmanmusic.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *