Razzi Rahman yang sering jarang dilihat tersenyum… sesungguhnya, hidup itu dipenuhi dengan kesedihan.

Pernah suatu masa dahulu, Razzi teramat ingin menjadi penyanyi. Bermacamlah cara Razzi cuba.

Audition sana sini. Macam-macam Singing Contest semua try. Buat demo tape hantar ke syarikat rakaman…

Tapi gagal, gagal dan gagal lagi. Langsung tak terpilih dalam apa-apa pun. Usah cakap nak dapat offer. Call back pun tak ada you… ?

Bila pulang ke rumah… seseorang telah bertanya “Mengapa sedih je muka ni?”

Razzi jawab, “Kalah lagi dalam pertandingan menyanyi… tak dapat nombor apa pun, pusingan awal pun tak lepas ?“

Ingatkan dapatlah belas kasihan ke dari dia, atau kata-kata semangat ke… tapi apa yang saya dapat,

DAH SUARA macam KATAK KEMBUNG, camana nak menang!!”

Fuuu… PEDIHHH!! Saya kecewa, putus asa dan SETAHUN berhenti menyanyi. Berhenti mencuba mana-mana audition atau pertandingan.

Sehinggalah seorang kawan di MAS, Wahiddin nama dia. Dalam diam-diam telah masukkan nama saya kali ke 2 setelah gagal tahun lepas, dalam pertandingan menyanyi BAKAT MAS.

Tiba masa nak audition, saya ingat lagi saya tertidur di bilik rehat selepas penat bekerja.

Langsung dikejutkan kawan, dipaksanya ke audition. Saya dengan mamai tak tahu apa… pergi je lah. Pastu belasah je menyanyi lagu Wings, Sejati.

Punyalah terkejut saya!. Ramai bersorak dan suka dengan audition saya. Dan seterusnya pusingan demi pusingan akhirnya membawa saya ke malam FINAL.

Saya KALAH. Dapat tempat no 3. Tetapi sayalah peserta favourite malam tu yang mendapat sorakan paling gemuruh! Siap keluar berita di Newspaper NST – “Fan favourite Rocker Razzi Rahman”

Dan orang yang KUTUK SUARA saya suara KATAK KEMBUNG, ada duduk di depan sekali di auditorium bandaraya memberi tepukan paling gemuruh sewaktu pertunjukan final malam itu… dialah arwah kakak saya, Zuraidah Rahman.?

Di situlah bermulanya, saya mendapat tawaran menjadi recording artist. Dari saat itu, saya tidak pernah lagi berhenti menyanyi…

imagine jika saya terus bersedih dan putus asa bila dikutuk suara macam katak. Terus give up…maka tiadalah Syakila, tiadalah Rembulan Kesiangan…tiadalah saya di sini hari ini.

“Berkumis you masa kerja MAS dulu haha ??”

Gi miss Kak Zu 🙁

ikhlas by Razzi Rahman

www.razzirahmanmusic.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *