Satu kenangan pahit yang tidak dapat saya lupakan di dalam hidup saya adalah, melihat sebuah impian kejayaan yang boleh dikecapi, berlalu pergi begitu sahaja di depan mata saya sendiri. Apakah kenangan pahit itu? Teruskan membaca… saya akan ceritakan satu persatu, kisah pahit ini…
Assalamualaikum, saya Razzi Rahman, album pertama saya, CERPEN. Boleh dianggap berjaya, artis baru, belum dikenali, tetapi dapat mencipta beberapa lagu popular dari komposer-komposer popular. Antaranya:
- Cerpen – Fauzi Marzuki/Bob Lokman
- Layunya Taman Cinta – Wan Zul/Azam Dungun
- Syakila – M.Nasir – Ke Final Juara Lagu 1992
- Rembulan Kesiangan – Saari Amri/S.Amin.Shahab – Top Song di beberapa carta stesen radio Malaysia, Singapura dan Brunei.
Bersyukur sangat dapat berkerjasama dengan barisan komposer/lyricist yang hebat dan terkenal seperti, M.Nasir, Saari Amri, Wan Zul, Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Zul Mahat, S.Amin.Shahab, Habsah Hassan, Loloq dan ramai lagi.
NAMUN, Album Kedua, Ke Dasar Cinta Mu, jauh tersasar!
Boleh dikatakan, gagal sebenarnya. Sedangkan lirik puitisnya ditulis oleh S.Amin Shahab. Malah lagu ini pula terpilih menjadi lagu tema OST Filem ‘Putera’ – Di mana silapnya?
Kekecewaan No 1
Tidak seperti album pertama, untuk album kedua langsung tidak ada ‘Radio Promo’ jadi bagaimana pendengar nak tahu wujudnya album kedua saya. Masa album pertama, habis kesemua stesen-stesen radio di seluruh negara kami lawati sampai Sabah, Sarawak kami buat temuramah sambil memperdengarkan lagu-lagu hit di corong-corong radio. – ‘Maklum sajalah, bukan ada Tiktok lagi masa ni’
Kekecewaan No 2
Tidak ada Road Show! – Masa album pertama, habis ceruk rantau kita masuk, felda-felda, kampung-kampung, kita buat free show, menyanyi Live di depan orang ramai. Ya lah, zaman dulu-dulu, mana ada media sosial seperti sekarang. Now much easier la kan… – Saya ingat lagi dulu, saya pernah menyanyi live di kilang-kilang, di Mydin, supermarket dan hampir di seluruh taman-taman, jadi memang ramai penonton dapat mengetahui dan mendengar sendiri.
Kekecewaan No 3
Tidak ada sesi-sesi ‘BERTEMU PEMINAT’ – Zaman tanpa Media Sosial, perkara paling penting adalah pertemuan bersama peminat. Dari mulut peminat-peminat inilah seseorang penyanyi boleh jadi popular dan mudah menular ke seluruh peminat muzik tanah air. TETAPI, malang sekali buat diri saya, saya melihat peluang untuk mencapai impian terlepas begitu sahaja. Saya hanya dapat tanya mengapa tak buat itu, mengapa tak buat ini… jawapannya, nanti, nanti, dan nanti… tak ada bajet lah, tak ada staff lah… Sedih sangat.
3 Kekecewaan, Seribu Kegagalan! Mengapa seribu kegagalan? Kerana sesungguhnya jika 3 kekecewaan saya itu dapat dibendung, dapat dilakukan sebaliknya, hasil darinya, NILAI KEJAYAAN itu adalah seolah-olah seperti BERIBU KEJAYAAN yang bakal dikecapi. Kalaulah boleh dielakkan…
Zaman SOCMED
TETAPI anda kini berada di zaman SOCMED (Social Media) Zaman teknologi Media Sosial, Content is KING! Anda boleh elakkan kegagalan dan kekecewaan yang pernah saya alami itu. Zaman sekarang, rakam sendiri, promote sendiri, tak perlu berharap pada syarikat rakaman dah. Jadi, untuk Launch Your Single dan mulai dikenali ramai, anda boleh melakukannya SENDIRI!
- YES, zaman sekarang anda yang membuat keputusan,
- Anda yang menentukan samada anda mahu berjaya atau tidak.
- Kenapa? Kerana Road Show, Road Tour, Fan Meet up semuanya boleh dilakukan secara ONLINE!
Dengan adanya Facebook, Instagram, Reels, Tiktok, Youtube anda boleh jadi sangat dekat dengan peminat anda. POST je setiap hari, pelbagai poster-poster dan pelbagai video-video tentang perkembangan anda, teaser video, countdown video, brand story video, review video, behind the scene dan sebagainya, maka mudahlah peminat-peminat mengenali anda dan lagu-lagu anda. Yang penting KONSISTENSI.
TETAPI, cukup ke masa untuk anda lakukan kesemuanya tu?
Memang betul anda MESTI buat banyak perkara dan banyak yang nak difikirkan.
- Kena plan strategi konten apa yang nak dibuat
- Kena plan juga waktu-waktu untuk posting.
- Kena design cantik-cantik poster untuk platform digital.
- Kena design cover art dan youtube cover image untuk nampak pro
- Kena buat banyak pelbagai jenis video.
Sejujurnya, kesemua ini memang rumit dan susah nak buat secara konsisten!
BAGAIMANA jika, kami ada team yang boleh uruskan media sosial anda, anda tak perlu fikirkan apa-apa lagi.
Semua itu kami buatkan :
- Video – Kami buatkan.
- Poster – Kami buatkan.
- Youtube Cover Image – Kami buatkan.
- Design Cover Art spotify, itunes, joox, – Kami buatkan.
Pelan 1 bulan sebelum dan selepas anda launch lagu/single terbaru anda – semua kami buatkan. BEST TAK? Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang service ini dengan lebih lanjut…
Sila Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut
Razzi Rahman
Singer & Designer
Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved