Dari pengalaman lebih 20 tahun sebagai penyanyi di dalam industri muzik tanahair, depan dan belakang tabir, saya dapat melihat sendiri bagaimana jatuh bangunnya seseorang penyanyi. Mungkin sedikit input dan perkongsian dari saya ini, boleh membantu penyanyi-penyanyi baru untuk mulakan karier di dalam industri muzik, dan insyaAllah, berjaya akhirnya.
Di bawah saya kongsikan beberapa tips yang PASTI dapat membantu anda untuk BERJAYA :-
- BINA IDENTITI dan Gaya Unik yang tersendiri
Sebagai penyanyi baru, penting untuk memiliki gaya yang khas dan berbeza dari penyanyi yang lain. Ia boleh dibina dari segi suara dan penyampian nyanyian anda. Malah, penampilan juga boleh membezakan anda dari artis lain. Penonton akan lebih mudah mengingati dan rasa ada connections dengan penyanyi tersebut sekiranya dia memiliki identiti yang kuat dan original.
- BANYAKKAN LATIHAN dan KEMBANGKAN TEKNIK VOKAL
Memiliki VOKAL dan bakat yang BAIK pastinya menjadi aset utama bagi seorang penyanyi. Meskipun begitu, AMAT PENTING jika ianya terus dilatih secara konsisten! Malah vokal yang terlatih akan menjadi lebih baik. Ianya boleh meningkatkan kualiti dan mutu suara anda. Dari sini, teknik pernafasan juga mula berkembang. Malah anda akan mula mampu menyanyi dengan perbagai gaya dan bijak control voice. Ikuti pelajaran vokal dan eksperimen dengan berbagai genre muzik untuk mengasah kemampuan anda serta memilih teknik vokal yang mana paling sesuai dengan suara dan jiwa Nurani anda.
- BINA JEJAK DIGITAL
Tak perlu saya tekankan di sini, pastinya anda sudah memiliki jejal anda sendiri di Media Sosial kan. Di era digital ini, kehadiran di ONLINE sangat penting. Manfaatkan setiap platform media sosial seperti Instagram, TikTok, YouTube, Spotify dan sebagainya untuk rapat dengan peminat baru anda. Gunakan platform2 ini untuk mempromosikan karya muzik anda. Konsisten dalam membuat konten yang relevan dan menarik untuk audien yang mana, mereka pula akan turut membantu tanpa sedar apabila mereka mula berkongsi dengan para sahabat mereka. Ini pastinya menambah pengikut dan meningkatkan visibility anda di atas talian. Bersedialah untuk melakukan live performance kerana ia boleh menyakinkan anda sebagai seorang penyanyi yang berbakat, bukan penyanyi ala kadar Sahaja.
- BINA JARINGAN dengan golongan Profesionals
Menjalin hubungan dengan producer, musicians, atau composer dapat membuka banyak ruang dan peluang. Hadiri setiap Music Event, dan mula berkenalan dengan golongan profesional ini. Mudahkan diri anda untuk turut berkolaborasi, dan jangan ragu untuk mencari mentor yang mampu menegur vokal anda serta memberi arahan, dan tunjuk ajar yang baik untuk seorang penyanyi berjaya. Jaringan yang baik adalah kunci untuk kejayaan besar di masa hadapan anda.
- KONSISTEN DAN SABAR
JANGAN MUDAH PUTUS ASA! Karier muzik tidak selalunya berjalan lancar. Akan ada KEBUNTUAN dan HALANGAN. Beri masa untuk belajar dan berkembang. BE CONSISTENT! Solat 5 waktu jangan tinggal dan kuatkan kesabaran anda! Jangan terlalu cepat menyerah meskipun menghadapi kegagalan atau rintangan. INGAT, Allah ada Bersama anda, InsyaAllah, teruslah menguji tahap vocal dan berusaha meningkatkan kualiti dan cara penyampaian. Kesabaran dan konsistensi adalah kunci untuk meraih kejayaan jangka panjang.
Dengan kombinasi bakat, usaha, dan strategi yang tepat, penyanyi baru dapat meningkatkan peluang mereka untuk sukses di dalam Muzik Industri hari ini, InsyaAllah.
Ikhlas,
Razzi Rahman
Singer & Designer
Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved