Tentang Razzi Rahman / 4 posts found

Suara Macam Katak!

Pernah suatu ketika dahulu, Razzi ingin sangat menjadi penyanyi. Bermacamlah cara Razzi cuba audition sana sini. Contest semua try. Tapi gagal, gagal dan gagal lagi. Bila pulang ke rumah… seseorang telah bertanya “Mengapa sedih je muka ni?” Razzi jawab, “Kalah lagi dalam pertandingan menyanyi… tak ada nombor pun :(“ Ingatkan dapatlah belas kasihan ke, atau kata-kata semangat ke… tapi apa yang saya dapat, “Dah suara macam katak kembung, camana nak menang!” Kata-kata yang amat pedih itu, sehingga sekarang masih saya ingat dan tidak akan lupa! Malah saya ingat lagi selepas itu saya terus putus asa, dan SETAHUN saya berhenti menyanyi. […]

Poskad Razzi Rahman

POSKAD GAMBAR – Ingat lagi ke penggunaan poskad ni zaman dolu-dolu you all? Siapa pernah guna, KONGSIKAN STORY ANDA! Terjumpa pula poskad saya ni dalam kotak simpanan lama-lama, tu yang teruja nak share story sikit kat sini – Pertama kali syarikat recording Denoris membuat keputusan untuk buat Poskad Gambar, menggunakan gambar saya sendiri dari Album pertama, Cerpen, perghhhh… terasa BANGGA Ya lah kan, mana nak ada buat sendiri kalau zaman dolu-dolu ni power tuuhhh… zaman sekarang nothing laa . Masa ni, setiap surat-surat dari peminat dan fan seluruh Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, Razzi akan balas dengan menggunakan Poskad inilah. […]

Razzi Rahman hari ini 2022

2022, bagi Razzi …berazam untuk memenuhinya dengan lagu-lagu yang bakal dirakam, SINGLE TERBARU dan juga COVER-COVER TERBARU. So InsyaAllah, setiap bulan akan ada sekurang-kurangnya 1 lagu dari Razzi. Samada Cover Or New Single. BUT… yang pasti, FOKUS saya adalah kepada muzik Slow Rock lah! Klasik tak? moga anda semua kan terhibur. Coming Soon : Buat permulaan, lagu yang bakal dirakamkan adalah lagu Full Cover. Lagu dari siapa? Nanti kita sama-sama tunggu. Sebab Razzi bukan buat mudah-mudah macam biasa. Rekod terus upload. Sebaliknya, lagu-lagu cover pun Razzi akan buat Studio Kualiti. Ini bermakna, saya akan rekod di Recording Studio yang High […]