1st, anda ada Album Cerpen ini? Hehe kalau ada, you mmg lajen! πŸ˜ƒ kalau tak ada tu it’s okay… no hal, we r cool. BUT… ada kisah menarik sebenarnya di sebalik lagu mana berada di tempat mana di dalam susunan lagu album pertama saya ini.

Soalan : Mengapa LAYUNYA TAMAN CINTA berada di tempat yang pertama?

– Ianya adalah kerana ia satu-satunya lagu yang kami mula-mula dapat. Lagu ciptaan Wan Zul dan lirik oleh Azam Dungun ini adalah lagu pertama saya, yang dirakamkan.

– Pengalaman pertama kali berada di dalam studio rakamanlah kiranya. Dan punyalah tak berpengalaman saya ni, ianya mengambil masa selama seminggu lebih untuk menyiapkannya.

– Composer Album saya Abang Zul Mahat sangat strict, tak bagi chance punya. Belasah saya dalam studio cukup-cukup.

– WHY? – because we thought, inilah lagu killer song saya pada awalnya.

Soalan : Mengapa Cerpen di tempat ke 2?

– Sebab, ianya lagu kedua yang dirakam πŸ˜ƒ , Ciptaan oleh Fauzi Marzuki dan lirik oleh abang Bob.

– Tajuk Cerpen dipilih sebagai tajuk album pula adalah kerana saya suka menulis cerpen dan keseluruhan lagu-lagu di album ini adalah seperti seolah-olah cerita pendek (CERPEN) sayalah tu.

Soalan : Mengapa Rembulan Kesiangan di tempat ke 7?

– Ceritanya begini, dalam masa kami merasakan untuk push Layunya Taman Cinta sebagai killer song for this album. Sungguh tak disangka, muncul abang Saari Amri di studio dan katanya lagu ini lagu ciptaan terbarunya.

– Lalu terciptalah Rembulan Kesiangan. Yang mana masa ni Razzi dah lasak dalam studio sebab dah rekod 6 lagu. So for Rembulan Kesiangan, saya beri all out dan siapkan dalam masa 3 jam lebih kurang hehe…

– Finally, setelah diberi ramai test dengar, we decided to push Rembulan Kesiangan. Tapi mengapa ianya berada di tempat ke 7? Kerana kami amat YAKIN lagu ini boleh carry itself, kami berharap ia juga boleh carry lagu-lagu lain untuk turut disukai.

– So, dulu-dulukan orang dengar ramai dengan kaset. So kaset ada SIDE A n SIDE B, jadi, Side A killer song dia dah cukup banyak. Layunya Taman Cinta, Cerpen + Syakila, lagu ciptaan MNasir. Lagu PROMO kita panggil Syakila tu hehe.

– For SIDE B kita letaklah Rembulan Kesiangan the only one killer song gitu. Sebab strong so bolehlah berseorangan. Haaa itulah ceritanya.

Soalan : Dalam kesemua 10 lagu ini, lagu mana paling anda suka?

– bagi Razzi sendiri dalam kesemua lagu-lagu ini, yang paling Razzi suka tentulah Rembulan Kesiangan.

– TETAPI, dari segi heavy powerful vokal ability yang digunakan yang Razzi rasa puas menyanyikannya adalah lagu M.Nasir yang ke 3 iaitu, Kita Ini Pengembara yang mana liriknya ditulis oleh Pn Habsah Hassan, di mana bait-baitnya adalah dari tafsiran ayat al-quran.

Begitulah kisahnya… πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *