Dimulai dengan composer terkenal seperti M.Nasir, Saari Amri, Fauzi Marzuki, Wan Dzul, Zul Mahat, Lyricist pula, Loloq, S.Amin Shahab, Habsah hassan, sememangnya boleh buat seorang penyanyi, pendatang baru, mudah popular. NAMUN, ianya TIDAK menjanjikan penyanyi tersebut boleh mempertahankan populariti yang diraih seketika itu untuk terus menerus menjadi terkenal sampai bila-bila.

YES, lagu Syakila telah mempopularkan Razzi Rahman, sehingga ke Final AJL, muzik-muzik TV3, Rembulan Kesiangan pula membanjiri siaran di stesen radio seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei akan tetapi akibat :-

  • Tiada pengalaman sebagai penyanyi
  • Masih mentah dalam industri muzik
  • Perasaan riak dan sombong bila dikenali ramai
  • Kurang disiplin diri
  • Tiada usaha yang berterusan untuk jadi lebih baik, maka…

Akhirnya, Razzi tersungkur mudah. “Bak lembu rebah tanpa ditarik talinya” …sungguh menyedihkan.

Amat mengecewakan sekali bila dikenang semula. Bayangkan, anda sudah memiliki kunci untuk masuk ke istana, tetapi anda lepaskan kunci tersebut sewenang-wenangnya, malah hilangkan ia pula. Sedangkan orang lain punya susah payah berusaha untuk mencapai tahap itu… tapi itulah, apabila kita ni masih mentah, masih muda, TIDAK MENGHARGAI rezeki yang Allah beri 🙁

TANPA MENYALAHKAN SESIAPA… kecuali diri sendiri, yang masih terlalu mentah dan muda remaja, Razzi tersungkur dengan kejutan budaya apabila tiba-tiba dengan sekelip mata, saya menjadi terkenal di seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei.

Tika itu, Keegoaan telah memakan jiwa saya, mulai lupa diri perasan famous sampai bila-bila 🙁 – PRO yang membantu mempopularkan nama Razzi di seluruh TV dan Radio stesyen, di semua majalah dan akhbar juga saya kurang hormatinya…

Sebatang kara di kota, di usia muda, popular, femes, ada duit banyak, girls, orang sembah, … TANPA seorang ayah yang dapat membimbing, memang terpesong jauhlah la kan. Nasib baik saya tidak sempat terlibat jauh dengan dadah…

Memang tak lama kemudian… Razzi hilang segala-galanya!

Hilang kerjaya sebagai penyanyi…Kedua-dua kereta sport kena tarik. Rumah kena keluar. Habis segala barang-barang rumah terpaksa dijual. Terpaksa pula menumpang di rumah kawan kerana tak dapat nak bayar sewa rumah lagi 🙁 Show dah tak ada. Projek apa pun rejected.

Nasib baiklah… keluarga saya masih menerima diri ini.

Alhamdulillah, saya pulang ke pangkuan keluarga semula. Tinggal bersama ibu dan kakak sulung di mana banyak saya belajar menghormati semua yang ada di sekeliling saya dan menghargai setiap titisan nikmat yang hadir walau sekerdil mana… namun pastinya sesuatu yang REAL ini, TOUGH! Agak berat dilalui… tetapi saya hadapi dengan tabah. JALAN TERUS…

Akhirnya, saya berkerjaya, berkeluarga dan menikmati sebuah kehidupan normal tidak glamor, tidak juga berkurang, Just enough n still…

Namun minat pada nyanyian itu tidak pernah pudar.

Saya sangat suka menyanyi dan amat puas hati jika dapat menghiburkan setiap pendengar. Rasa happy sangat jika peminat suka dengan nyanyian saya. Tetapi kali ini, tidak ada kena mengena dengan wang ringgit, populariti atau menjadi artis glamor seperti dulu. Yang Razzi mahu adalah menebus kembali kesilapan yang silam. Saya telah mensia-siakan kejayaan kecil yang dikecapi.

Segala peluang diberi oleh composer-composer lalu, akan dirasai tidak sia-sia lagi jika saya terus menyanyi dan menghasilkan lagu-lagu yang terbaik, insyaAllah.

Namun, kejayaan ini sukar untuk diperolehi tanpa sokongan anda semua. Sudilah kiranya saya memohon dan merayu agar anda terus bersama saya. Menikmati lagu-lagu dendangan saya di youtube, spotify, …Terimakasih saya ucapkan! Saya amat menghargainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *