Mengecapi kejayaan di puncak persada Muzik tanahair, bukan sesuatu yang mudah. Dan apabila merasainya di usia belasan tahun, masih muda remaja, bak kata pepatah melayu…
“BAGAI KERA MENDAPAT BUNGA”
Habis bunga dihenyak, dikoyak rabakkan tanpa sebarang nilai… sedangkan kalau diberi kepada yang menghargai, bunga itu akan dijaga, disemai sehingga semakin kembang bersinar…
Tapi itulah… saya muda sangat ketika itu. Kurang rasa tanggungjawab. Popular dengan mudah. Tak buat apa sangat tapi dikenali ramai. Keluar TV setiap masa. Memenuhi dada-dada akhbar utama dan cover semua majalah… jadi KEEGOAN itu melonjak naik.
… saya lupa, tika itu saya ada Big Team di belakang saya. Saya lupa ramai yang berkerja susah payah menaikkan saya di dalam syarikat Denoris Records.
Kalaulah saya jaga, dan hargai MADU yang sudah dimiliki, pastinya TERASA MANIS hingga ke petang.. tapi sayang, saya alpa… lupa yang mentari itu kan jatuh jua, dan malam kelam yang tiba.
Kini, walau saya amat menghargainya… kejayaan figura muzik tanahair dulu TERAMAT SUSAH untuk dikecapi semula. Namun itulah yang perlu ditempuhi… itulah bayaran kepada kealpaan saya. Menyesal pun sudah tak berguna.
Apa yang dapat saya lakukan adalah… “Ambil kesilapan lalu jadikan pengajaran untuk kini dan masa hadapan. Moga ada sinar di hujung jalan”
#rock #artismalaysia #singer #muzik90an #lagucinta #rockjiwang #rockkapak
- ikhlas,
- Razzi Rahman
- razzirahmanmusic.com
- Youtube Razzi Rahman