Cam ke tak siapa dibelakang Visor Helmet murah ni? 🤭 haaa Razzi Rahman la tu 😁 bersama skuter gf… kalau ternampak mana2 tegur2 la ya xda glamer2 dah, selamber je…

Seronok lately ni pergi mana2, bawa skuter je. Time pagi2, nak hantar my bongsu Adele sekolah, kereta berpuluh bersusun di jalanraya saya relek je lintas one by one dengan skuter gf saya 😁 ….sapa bawa motor tu mesti tahulah rasa seronoknya betul tak?

Ada cerita ngeri…satu hari, saya parking lepak kedai makan. Bila nak balik, tengok2 geng motor sudah block. Sampai tak boleh nak gerak keluar.

Aduhh…. gerunnya nak mintak brader2 tu alih motor2 mereka…cam ala gengster lak tu. Mulailah menyesal apasal laaa aku bawa skuter hari ni huwaaa 🤣… saya pun lepak je la atas motor sambil tunggu n xtahu nak buat apa…

tiba-tiba brader2 yang baru nak makan tu, semua datang kat saya, aduhhh berderau darah saya takut,

“Nak keluar ke bro… jap bro wa alih motor eh” kata salah sorang.

fuhhh ramai2 tu alih motor mereka dan tarik skuter saya keluar dari situ wahhh… saya atas skuter cam terpinga2 segan n tersengih2 hahaha…. Baik2 rupanya brader2 motor ni… hilang gementar, tu lah lain kali JANGAN CEPAT JUDGE ORANG hihi 🤣… itu lah kisah saya & my gf skuter 🤭 *Salam Jumaat semua… karang gi masjid pun bawa skuter nihh, seronok 😍

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *