JANGAN KETAWA 😁 … “SUMBANG suara tu” tetapi itulah kenyataan daripada Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

Sebenarnya Dato’ Aliff Syukri yang saya kenali adalah seorang yang very respectful. Beliau cukup menghormati saya. Walau saya yakin beliau tidak tahu pun siapa Razzi Rahman yang juga adalah seorang penyanyi haha.😁😁

Dato AS ni kalau nak cakap apa-apa kat saya (urusan dgn syarikat tempat saya kerja), selalu panggil saya abang. Abang itu abang ini haha 😎. Caranya pun amat berbeza sekali jika dibanding di online. 🙂 lebih NORMAL lah 🤭

Anyway, saya bukan menulis untuk bercakap tentang beliau. Something yang amat penting kita perlu tahu di sini adalah tentang…

“KELULUSAN AIR PLAY”

Seperti Dato Mokhzani kata tadi lah… kalau sumbang tu memang xkan dapat air play la kan 😌

Masalah air play ni sudah lama menjadi halangan buat semua artis di Malaysia. Termasuklah juga lagu-lagu Dato Aliff ni.

Ciri-ciri standard yang saya tahu untuk kelulusan tu adalah…

  1. Nyanyian yang baik dan tidak sumbang, serta kena on key yang betul lah.
  2. Lirik yang tidak menghina agama, negara dan individu.
  3. 3. Bentuk lagu yang tidak menyimpang dari tanggungjawab kepada negara, masyarakat, tatanilai dan sosio-budaya negara. Berbudaya maju dan bermoral tinggi.

 

Haaa… bukan boleh lulus gitu je. Submit dulu. Tunggu lah kelulusannya… Bukan boleh diputarkan lagunya ikut suka penyanyi tu je.

Sebaliknya ada dasar-dasar am lain lagi. Malah ada pula garis panduan untuk artis. Seperti :

  • – artis tu perlulah bebas dari skandal,
  • – tiada perbuatan sumbang
  • – jauh dari apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.

Haa…agak-agak lagu-lagu Razzi lulus tak? Sedikit rules yang saya tahu ini pun anda dapat mengagagk mengapa sesebuah lagu itu susah nak dapat air play betul tak? CUMA kekadang, kita kiranya lulus semua ciri-ciri tu… tetapi masih tak lepas. Mengapa pulak cam tu kan?? kena rakam n submit balik…pening2 🤔

Tapi Alhamdulillah lagu saya Rembulan Kesiangan dan Syakila sering dimainkan di Radio RTM. Cuma radio swasta je lah yang susah bebenor!. Radio swasta ni pun ada juga undang2 dia lah. Cuma kalau ada MARKETING BAJET tu mungkin mudah lepas sikit lah tidak seperti RTM.

Jadi buat artis seperti Razzi ni, peluang yang ada dan boleh control sikit adalah youtube je la kan. Hope you all subscribe lah kat channel saya ok. Just type Razzi Rahman jumpalah channel saya tu.

*Single terbaru KASIH DIA dah siap… Jom dengar! 🙏🙈 terimakasih semua 🙏🙏

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *