
Selalu tak you all ingat zaman muda-muda? Zaman dolu-dolu gitu hehe, mesti ingat kan?
Kenangan lalu, sering menggamit di jiwa Razzi. Kadang cepat-cepat stop dari terus mengelamun, kerana takut tenggelam dek kemanisannya, maupun saat-saat sedih pilu putus cinta haha ![]()
Gambar ini adalah sewaktu di Muzik-Muzik, selepas show separuh akhir lagu Ke Dasar Cinta Mu. Time ni, fan yang ambik gambar. Saya tak ada pun camera jauh sekali handphone camera.
Tapi tu lah, bila tengok gambar ni kan, aduuuhhh punyalah muda… slim lagi, seronoknyaaaaaa, kalaulah boleh diundurkan masa, saya mahu undur masa di zaman-zaman ini. ![]()
You all ingat tak time-time slim2 lagi tu? muda2 lagi tu?
![]()
Kenangan mengusik jiwa time ni, tak fikir sangat tentang apa nak buat, apa nak kena bayar, kepada siapa nak menjawab. Tenang je dan enjoy life…
Namun bila kenang-kenang balik, kemanisan itu hanyalah sementara, bersifat fantasi. Takkan sampai bila-bila nak hidup sendiri, dan bila tengok kawan-kawan yang dah berkahwin dan bermain-main pula dengan anak-anak… aduhh ketinggalan dah ni kan, malah hidup rasa KOSONG ![]()
Jadi, however it maybe the sweetest memory… tidak akan saya trade dengan masa kini. Walau banyak perkara yang perlu diutamakan, walau so many things to do, at the end of the day, wajah si comel, Adele, my daughter, sentiasa memberi ketenangan di jiwa saya. Adanya pasangan hidup pula, menyempurnakan kekosongan di hati.
Namun, pastinya kita semua akan terus abadikan Kenangan terindah dan termanis itu biar terus terpahat di sanubari.
Di sini Razzi doakan kat you all semua, “Moga anda semua bahagia dan tenang bersama keluarga tercinta, InsyaAllah!”
- khlas,
- Razzi Rahman
- razzirahmanmusic.com