Sejujurnya, hampir setiap peluang dan masa, ada saja orang bertanya Razzi bila nak buat comeback?

Tadi, terjumpa ex producer TV Malaysia yang dah bersara, dulu-dulu beliau antara yang sering memberi banyak peluang dan ruang buat Razzi muncul di setiap program TV…juga bertanya saya,

“Tak buat comeback ke? Suara berbisa lagi… boleh lagi tu” Katanya. InsyaAllah jawab saya. 🙂

Ya lah nak jawab apa lagi? Kalau anda, apa yang anda jawab?

Sometimes ago, ada lah juga saya jawab-jawab kan seperti :

– Saya dah buat comeback album, tapi tak sepopular dulu… 🙁
– Saya dah keluarkan 4 single… tapi 1 pun tak ada media-media nak promote kan, sedih 🙁
– Dah contact semua pemberita, wartawan hiburan, tak ada yang berminat pun dengan perjalanan seni saya… SOb 🥹Sob🥹

Dan apa yang Razzi dapat selepas penjelasan tu? Hehe… lagi haru

“YE KEEEE RAZZI?… BILA KELUAR ALBUM BARU? TAK ADA PUNNNN” –
“Eh saya tak dengarpun mana-mana single awak? Tahun bila publish tuuu?”
“Ok k k…uplah kat Youtube Razzi!!”

Haha 😃 kelakar pun ada kan. Sebab semua dah diusahakan. Lagu-lagu baru semua dah upload kat Youtube setiap tahun ada je single terbaru yang saya upload.

Tetapi belum ada rezeki lah tu untuk dianggap comeback…

Sedangkan kalau ikut saya, memang sudah lebih 10 tahun saya berusaha untuk kembali ke persada seni.

Memang sudah lama pun berada di persada seni, cuma belum dikenali. Belum famous. Malah tiada ruang dan peluang yang meluas untuk muncul di mana-mana kecuali di youtube. Jadi, bagi yang memang sudah berbelas tahun tak melihat saya di udara, pastinya akan bertanya, kemana menghilang, menyanyi lah balik hehe…

Jadi, jawab saya begitulah kan, INSYAALLAH… soon saya akan keluarkan NEW SINGLE. 😃

Kalau nak dikira la kan, Single coming soon ni, KASIH DIA adalah single saya yang ke 5 semenjak antara 8 tahun kebelakangan ini.

Itulah yang saya harap sangat you all terus memberi sokongan dan Razzi merayu dan memohon, sekiranya tidak keberatan, anda boleh membantu saya, dengan cara share this dan spread the news. Especially, KASIH DIA akan premiere di Razzi Rahman channel. Jadi please subscribe di www.youtube.com/razzitv

Appreciate sangat, Terimakasih semua 🙏😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *