Pernah tak anda, GOOGLE nama anda sendiri? Saya memang biasa hehe, duk sedap2 google Razzi Rahman tadi, terjumpalah macam-macam gambar saya hehe… dan last sekali ternampak gambar kaset tape album saya Cerpen ni…

Teringatlah balik cara penggunaan kaset tape lagu ni, pergghhhh rare ni hehe… kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang memang sangat jauhlah bezanya. Orang sekarang dah senang banyak dahhhh… Sekarang double klik mp3 kat pc dah boleh dengar lagu di komputer. Tekan je lagu di handphone player terus boleh dengar lagu-lagu yang disimpan. Nak yang berkualiti sikit pasang apps spotify.

Kalau malas nak save, malas nak download, buka je Youtube, type nama penyanyi habis berbarislah keluar macam-macam video lagu yang dengan mudah kita dengari. Kalau DULU? Setiap rumah mesti kena beli cassete player, barulah boleh dengar lagu. Boleh masukkan kaset tu dan tekan play. Haaa… kalau tidak, kenalah pasang di dalam kaset player kereta. Itupun kena kereta-kereta zaman dulu jugaklah.

Zaman sekarang kaset player dah tak ada dahhh dalam kereta, semua pakai USB Port je. If not, MP3 player. Ke kereta anda masih menggunakan kaset? Rare sangat tuuu kalau masih ada.

Tapi ingat tak jika tali tape tu terkandas? Habis berbelit-belit! Terpaksalah kita tarik keluar pelan-pelan takut putus kat dalam player tu hahaha… pastu bila dah terburai, nak gulung dia balik kita guna apa? Pensil 2B haha… haaa masukkan ke lubang kaset, pastu pusing pensel. Gulung tali kaset yang terburai … manual habis, kelakor!

Kalau button rewind rosak? Terpaksalah korek lubang kaset tu, pulas sikit-sikit kalau tak dengar je laa… Bukan itu sahaja, siap ada 2 side lagi. Side A and Side B, budak-budak sekarang senang banyaaakkkk… tak yah sibuk side mana dah, dengar je lah lagu-lagu tu…

Haha… nostalgia sungguh kaset tape ni. Apa pengalaman anda menggunakan kaset tape ni jika ada, please KONGSIKAN!

Razzi Rahman

www.razzirahmanmusic.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *